Sunday, April 27, 2008

Lain kali

Aku baru bangun tidur.

2.43pm. Aku tahu dah hampir separuh hari Isnin baru aku mula buka mata. Ada 3 lagi accessment untuk work-work aku. 30 April, 2 May dan 5may. Juga kertas terakhir pada 11May sebelum aku mula bercuti panjang. Hip hip hooray!

Semalam tengahari aku keluar memberi barang-barang untuk esemen Interior Architecture Department. Pergi dengan sepupuku Ela. Beli di Air Tawar di mana jarak dari kampus aku ke tempat tu adalah lebih kurang 25km (kot). Sampai je tempat tu, kedai kusyen tutup. Kusyen untuk esemen Furniture Design. Watta hell? Lupa semalam hari Ahad :(

Semua kedai tutup boleh?! Kedai Cina je lah.

Lepas tu aku patah balik ke kampus dan pergi ke Artistry yang berdekatan dengan kampus aku. Nasib baik bukak. Memang sudah dijangkakan akan buka walaupun hari Ahad. Biasa la orang melayu. Ahad pun dia kira apa. Janji duit. Melayu sekarang dah tak malas lagi. Bertungkus lumus diorang cari duit walaupun hari Ahad.

Siapa kata melayu lupa? Melayu mudah lupa tu adalah hidup dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir dulu. Bila Tun Mahathir dah letak jawatan dan orang lain ambik alih jawatan beliau, baru lah Melayu mula sedar yang keistimewaan diorang(kita) sebagai orang melayu mula akan di"anaktiri"kan. Abaikan.

Lepas tu, pergi ke kedai yang bersebelahan dengan UTP. Jeng jeng jeng! Tayar kereta pecah di tepi jalan. Panas tak ingat ok semalam. Spare tyre ada, jet ada, spanar ada, semua adalah. Tapi malangnya aku memang tak tahu lansung nak tukar tayar kereta. Nak guna jet pun aku tak reti lansung. Menyesalnya tak belajar. Dulu kalau kereta ayah tayar pecah, ayah akan tukar dan aku tunggu tepi je. At last, aku telefon classmate aku yang gagah perkasa sikit (sebab kawan-kawan lelaki aku ramai yang lembut lembik dan sebagainya) datang dan tolong tukar tayar. Lepas tu kena belanja diorang makan. Nasib baik ada kawan-kawan kan.

Haih moral : Lain kali belajar tukar tayar sendiri (Tapi nampak semalam macam susah je nak tukar)

*sigh*

4.44pm. Aku tak mandi lagi tapi dah cuci muka dan gosok gigi. Buat milo dan minum. Tu lah breakfast, lunch dan tea time aku untuk hari ni.

Buka Microsoft Word. Sekarang tengah buat journal untuk subjek printmaking dan sculpture.

Damien Rice - I Remember sedang berkumandang.

"Nah, tak makan lagi kan? " (Sambil hulurkan nasi goreng ada 2 ketul hotdog)

Thanks a lot ^_^

Sambung buat journal aku.

Sekarang pukul 8.32pm. Aku baru lepas mandi. Lepas mandi, aku pandang cermin tiba-tiba aku nangis. Aku tau aku nangis sebab aku tensen. Sebab aku sakit hati. Sebab aku rasa aku perlu kuat dengan decision aku. Aku menangis sebab aku dah letih.

Sambung kerja.

No comments: