Sunday, October 11, 2009

Minggu Ini

1.Untuk pertama kalinya aku berjalan kaki hantar baju untuk di-dobi-kan.

2.Berjalan kaki dari Flora ke The Curve, pastu Idaman. kali terakhir =_=

3.Menjadikan Borders, The Curve sebagai rumah kedua. ye, Idaman juga.

4.Bilik sudah semakin tidak terurus.

5.Sakit kepala memikirkan perancangan untuk hari-hari seterusnya.

6.Nafsu makan semakin melampau.

7.Rasa untuk manusia disekeliling sudah hilang. Rasa apa? Jangan tanya.

8.Hari-hari tidur jam 8pagi, terjaga setiap 2 atau 3 jam. Petang bangun mandi dan menjadikan aktiviti nombor 3 sebagai rutin harian. Ish Ish Ish..

9.Kenal ramai manusia baru dan jumpa kawan-kawan lama kembali. Bagus.

10. Esok rancang mahu main layang-layang.

Saturday, October 10, 2009

Telur ayam yang menetas

Masa: 0713am
Lokasi: Flora Damansara
Suasana : Macam selalu, senyap.
Aktiviti : Edit gambar kahwin. Orang lain yang kahwin.Aku? Bila? Siapa? Haha

Hidup makin lama makin mencabar. Makin parah jugak sebenarnya.

Pengsan.

Buang masa.

Dendam tak mampu nak buat kau lega dan ubati rasa sakit.
Sebab bila kau buat orang gembira, sedikit sebanyak kau akan rasa gembira jugak.

Notakaki: Tiba-tiba rasa macam nak makan rambutan pagi-pagi ni.

Hampir terlupa

Yang aku ada blog :)

Menghabiskan masa harini dengan belek belek semula entri entri dalam blog ni. Rasa macam balik kepada masa masa lama. Lawak betul aku dulu dulu. mUahahaha

Aku tak rasa nak delete entri entri ni, saja nak tengok dan rasa betapa cepat masa berjalan.

dan..

Dah besar rupanya aku.

Transformasi dari seorang pompuan yang fragile kepada seorang pompuan yang bertambah kuat (sikit)

ok