Thursday, June 28, 2007

Sekali sekala

sekali sekala
aku ingin jadi bisu.
diam tanpa harus berbicara.bicara yang mungkin
boleh menyebabkan otak kusut dengan permasalahan.

sekali sekala
aku ingin jadi buta
tanpa harus menyaksikan lakonan sandiwara
drama yang dicipta oleh manusia²
yang abnormal yang pentingkan diri sendiri.

sekali sekala
aku ingin jadi pekak.pekak
tuli tanpa harus mendengar butir bicara
dari lidah yang setajam mata pedang.
yang boleh memperdaya apalagi memusnah.

dan sekali sekala..
ingin aku lari dari semua.
dari semua segala macam propaganda semacam
palsu ,

sekali sekala..
aku ini lebih rela tidur
dan bermimpi aja

Wednesday, June 27, 2007

Perjalanan yang panjang

Hidup.

Dalam perjalanan kita melalui banyak persimpangan.Persimpangan di mana berlaku kesesakan jiwa , pertelingkahan kata-kata.Dan hanya mereka yang hebat berjaya melepasinya.Kita harus redha.Itulah hakikat.Tak semua yang kita harapkan akan jadi seperti yang kit mahukan.Makanya,terimalah segala dan jadikan ia pengalaman.Jangan sesekali mengalah dengan dugaan.Dugaan yang menjadikan kita kuat.Datangnya dugaan maknanya TUhan sayangkan kita.Dia mahu kita belajar dan menjadikan semua ini sebagai langkah atau batu lonjatan untuk kita berjaya di hari kelak.Kehilangan dan kegagalan bermakna episod baru dalam hidup kita bakal bermula.Simpan kalimah ini,"semua yang terjadi punya alasan".Kita menjadi lebih kuat disebabkan ujian dari Tuhan.Tuhan sayangkan kita,sebab itu kita diuji dengan banyak halangan.Jangan biarkan semua ini membuatkan kita lemah.Kerana kita tahu kita tidak.

Rasa yang Mati

Wahai semua penghuni Dunia realiti , fantasi , siber dan sebagainya!!

Saya dah bersedia untuk hidup baru. Saya tak mahu pandang belakang lagi. Past is past. Kan meme kan kan ? hee hee ~

Hidup yang tiada lagi nama ***** . Hidup yang tiada lagi sebarang harapan untuk dia.

Dah la la tu Sara, cukup-cukup la.

'Melupakan dia mungkin bisa membuat kamu lebih bahagia'

Yeap Yeapyyy!~ Sara Boleh ! Sara Boleh =)

"buang semua.
matikan segala.
biar hancur parah.
luka sedalamnya
aku sendiri yang sembuhkan
biar tinggal parut
parut tinggalanmu
biar semua ini
hidup untuk sekali ini saja.
sekali ini saja.
dan kau.
ku minta pergi."

sarah.10.55pm.27June07

Sunday, June 24, 2007

Bila hati tiba-tiba bergetar



'Bila begini terasa diri tak bernilai,bila begini terasa segalanya kian terlerai dan bila begini aku ingin pergi agar dirimu bahagia'

Ini ialah bahasa orang bercinta, bahasa merajuk,membawa diri dan mintak dipujuk.Bahasa ini indah untuk mereka yang sedang digelut rasa nikmatnya bercinta.Dalam alam percintaan apa saja menjadi indah,seronok dan menarik.Sesuatu yang menyakitkan pun kadang-kadang tak terasa sewaktu bercinta.Berjemur di tengah panas atau basah ditimpa hujan itu semua indah bagi orang bercinta.Berkongsi air dalam gelas yang sama dan straw yang sama itu malah malah lebih indah dan mengesankan.

Bahasa orang bercinta penuh dengan menduga.Sekadar menduga, memancing dengan kata-kata ala ala merajuk.Menanti beberapa saat, kemudian membaca mesej yang diterima,membaca dengan senyum,lega dan puas.Itu alam orang bercinta, alam yang serba indah dan menarik.Langit nampaknya tidak pernah kedam, udara rasanya tetap bersih.Nafas pun tidak pernah tersekat-sekat.

Itulah hakikatnya cinta.Ia tidak pernah tua bersama usia.Hati manusia tetap mekar dalam bibit bibit cinta.Seseorang yang kita terpisah lama,apabila suatu hari terserempak,hati kita tetap bergetar sepertimana ia bermula.Tiba tiba seolah olah ada magnet yang mengaktifkan perasaan kita hingga bangkitlah semua kenangan bersamanya dahulu.

Itulah cinta, suasana ajaib yang tidak pernah cukup untuk mentafsirkannya.Rasa ini akan membibitkan bait bait puisi,indah untuk dihayati.

"Tahukah,bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa , putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang semua orang dalam hayat kita,mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud di hati,kecuali dia yang menggetarkan hati.

Kata-kata ini mungkin terbit begitu saja,bangkit tidak semena mena, timbul dalam minda.Eh,mengapa ni?

"Sejauh kit, kian terasing,sering kaki melangkah,senafas nadi rindu, sedetik saat beredar, sejuta rindu meruntun, sesaat kita terpisah, bercambah kasih dan sayang, takkan terlerai biar seribu tahun."

Semua mesti pelik dengan keupayaan secara tiba-tiba ini.Ia luahan hati ,sesuatu yang meronta-ronta dalam hati mintak dilepaskan.Usah hairan,ia biasa.Apabila perasaan terasa bergetar dengan sendirinya hari tenggelam dan hanyut, minda akan mencarikan patah-patah kata untuk diluahkan, lahirlah apa yang dinamakan bait-bait cinta.Sesuatu yang hanya bergetar di hati,berlegar dalam fikiran tetap biasa selama tidak direalitikan dalam bentuk perbuatan dan tindakan.Apabila ia menolak anda untuk berbuat dan bertindak menyalahi peradaban orang beragama ia bukan lagi biasa.Berhentilah sebelum keadaan semakin tenat.

.Untuk dikenang .








Malam ni(hampir pagi)saya tiba-tiba sangat rindukan sesuatu.Semua orang yang hidup dalam sesuatu itu.

Saya rindukan Bukit Merah.Saya sangat-sangat rindukan kehidupan hampir setahun di tasik tu.Terlalu banyak pahit manis duka suka gembira bahagia di sana.Terlalu banyak yang saya rindukan.Saya rindukan :-

Niza

Kawan paling rapat saya.Saya sangat rindukan awak.Saya rindu kita makan sama-sama.Saya rindu kita kutuk guest yang tua gatal ngorat kita.Saya rindu awak yang manja sangat dan mengada.Saya rindu kita buat kerja sambil bersembang and gelak-gelak.Saya rindu awak cover line saya.Saya tidur kt bilik,awak cakap kat bos saya hantar guest kt resort.heeee

Mr.Sitham

I miss u! I tau i degil sangat dan tak pernah serius buat kerja.I selalu lari tgk show api-api time i on duty.Pastu bila terkantoi dengan u,u tunjuk jari telunjuk'siap la !!' macam tu. Pastu i takut.Tapi lepas tu i buat lagi.I tak pernah serik kan walau u marah banyak kali.Sebab apa, sebab u tak pernah cakap nak buang i kerja walaupun i dah ulang benda yang sama lapan belas kali.Malah paling teruk , I patut kerja pukul 7 tapi i masuk pukul 9.I bangun pagi punch card pastu balik bilik tidu balik =) 'U kena disiplin dari sekarang sara,kalau tak sampai bila-bila u akan jadi orang yang sama'.I memang tak berubah sampai sekarang.Pegi class pun lambat juga.Yang pasti,i ingat semua pesan u.I masih ingat.Simpan.Cuma belum dipraktikkan lagi =) I rindu pi penang ngan u lepas hantar guess dengan uniform keje kita pi makan kt padang kota.Cool gila dapat manager macam u.

Simone

Roomate terbaik =) She's from Swizerland. Buat praktikal kat sini.RIndu nak kayuh basikal dari resort ke apartment.Rindu nak ajar dia bahasa melayu lagi.Rindu tidur sama-sama lagi.Dan sekarang hanya email yang menghubungkan kami.sob sob. at least di akhir emailnya --->"saya masih rindukan awak" . Tak sia-sia saya ajar dia.Tapi perkataan bodoh dan mencarut lain tu mana dia belajar tak tahu.haih~

Fouzi

Best person for me and everyone.U kawan paling baik i kan.U selalu layan kerenah kebudak budakan i ni kan.I tau,tapi i respect u sebab u banyak sabar dengan i.I tetap rindukan u juga.I rindu teman u ajar budak-budak tu menari.I rindu tolong u kemas barang pindah bilik.I rindu tolong u buat backdrop.RIndu buat painting ramai-ramai dalam bilik u(padahal i menyibuk je).I rindu pi makan sama-sama lagi.I rindu bawa u jalan-jalan tempat i.I rindu kita naik boat malam-malam jalan-jalan tasik.U sangat baik sebab selalu pinjamkan kereta u untuk i balik rumah selalu.Kereta u kena saman sebab i parking sesuka hati tapi u tak pernah marah pun.I rindu u jadi pondan untuk show.I rindu nak make up kan u lagi.I rindu u pakai skirt. Paling rindu bila kita dah tak rapat macam dulu.Lepas ada krisis,kita dah tak rapat.Kita tak bercakap lagi.Sampai last day u dekat resort,u pegi macam tu je.Dah sampai kl baru u sms i.Paling rindu bila i tgk u kat tv je.Kadang macam nak nangis.After a few month u call i,i happy.I cakap i dah ada bf,u ketawa.U cakap i jgn jadi childish lagi. I rindu u =(

Heqal

Last nite i buka balik album i.I tengok gambar kita semua. Gambar u jadi Sally pun ada.Comel sangat.I ingat lagi first u panggil i 'receptionist sombong!' sebab i tak suka lepak kafe ngan u guys.I suka makan kt back office dengan Niza.Lepas i kenal someone baru la i rajin lepak kafe dan bawak supi.Supi famous kan?? hehe.Dia sihat lagi cuma kaler ijau dia dah tak cantik. I rindu nak main ping pong and swimming dengan u lagi.Lumba berenang =( Pastu u yang selalu kacau-kacau reception.Call nak order mekdi la.Pastu suka datang bilik i nak pinjam dvd la,guitar la , milo la , meggi la. Hee hee.GIla man i miss u ! I miss jadi penyokong time ada sukan kt resort kita.Korang main volleyball ( i tak main tpi tangan sangat sakit sebab practise selalu sangat) Me miss u.

Hazwan

Banyak sangat benda nak cerita.Yang pasti sara seronok jugak sebab ada someone take care of me.Belikan sarapan.Main volleyball sama-sama.Main ping pong sama-sama dan bagi sara menang walaupun dah terang-terang wan patut menang.Layan perangai sara yang kuat merungut,melenting dan sebagainya.I know u're matured enuff.I let u take my guitar into ur room.Play me some song.U're sweet.Main gitar untuk me.I miss u just what we hef done over there.Thats all.Thanks for keep me company.I really apreciate u.And its nice to know that u found someone now.heh..treat her nice ok just like u treat me before =)U're my good fren forever.

Hafiz a.k.a Apeh

For being a Sweet friend ever.Nothing much to say about.Sakit tau jatuh moto apeh bawak.Hadeehhh~ Me miss u lot too :D


Ramai sangat.Shima - jadi kakak yang baik. Ely - Penasihat terbaik. Hafiz - Buat saya tersenyum. Yacin - Terima kasih untuk nasi lemak tiap-tiap pagi.

Kak kila,Nimbro,Abg wan, Kak suzi , Ciman , Joe , CiK Mahadi , Kak Azimah , dan ada yang saya tak ingat dan tak tau nama tapi sangat rapat =)

Saya serius sangat rindukan semua yang dulu.Macam nak balik ke masa dulu.Dulu saya macam clown kt resort kan.Saya paling gila sebab saya paling muda.Saya paling diberi perhatian. Sekarang saya pun tak tahu apa dah jadi kat semua orang. yang saya tau shima dah ada anak sorang,Niza masih kerja , Mr.Sitham masih jadi manager , Simone di Swizerland lagi, Heqal di Sunway . Itu saje. Sedih nya.

Saya nak semua orang tau yang saya sihat =)
Saya masih belajar.Saya amik fine art bukan perhotelan =)
Saya okay =)
Saya gembira.Betul =)
Takde orang yang buat saya sedih.
Saya rindu semua sekali.

.Rindu.

Tuesday, June 5, 2007

selamat jalan


selamat jalan
semoga cerah masa hadapan
jagalah diri..
kau pasti bahagia tanpa ku di sisi
hanya satu yang ku harapkan
moga kau takkan lupakan
masa-masa silam kita di mana
kita pernah senyum bersama
lukamu tidak bisa lagi diubati
namun ku tetap sayangkan mu
dan biarlah masa mengubah
kau sentiasa hampir di ingatan
jagalah diri
jgn kau lupakan
yang paras waktu, masa dan detik
kita pernah bayangkan bersama..

mungkin kau tak mengerti
apa yang cuba sampaikan
namun aku memahami jelas
kehendakmu
dengan apa lagi
yang mampu ku lakukan
selain menelan pahitnya
jalanku


selamat jalan.