Sunday, June 24, 2007

Bila hati tiba-tiba bergetar



'Bila begini terasa diri tak bernilai,bila begini terasa segalanya kian terlerai dan bila begini aku ingin pergi agar dirimu bahagia'

Ini ialah bahasa orang bercinta, bahasa merajuk,membawa diri dan mintak dipujuk.Bahasa ini indah untuk mereka yang sedang digelut rasa nikmatnya bercinta.Dalam alam percintaan apa saja menjadi indah,seronok dan menarik.Sesuatu yang menyakitkan pun kadang-kadang tak terasa sewaktu bercinta.Berjemur di tengah panas atau basah ditimpa hujan itu semua indah bagi orang bercinta.Berkongsi air dalam gelas yang sama dan straw yang sama itu malah malah lebih indah dan mengesankan.

Bahasa orang bercinta penuh dengan menduga.Sekadar menduga, memancing dengan kata-kata ala ala merajuk.Menanti beberapa saat, kemudian membaca mesej yang diterima,membaca dengan senyum,lega dan puas.Itu alam orang bercinta, alam yang serba indah dan menarik.Langit nampaknya tidak pernah kedam, udara rasanya tetap bersih.Nafas pun tidak pernah tersekat-sekat.

Itulah hakikatnya cinta.Ia tidak pernah tua bersama usia.Hati manusia tetap mekar dalam bibit bibit cinta.Seseorang yang kita terpisah lama,apabila suatu hari terserempak,hati kita tetap bergetar sepertimana ia bermula.Tiba tiba seolah olah ada magnet yang mengaktifkan perasaan kita hingga bangkitlah semua kenangan bersamanya dahulu.

Itulah cinta, suasana ajaib yang tidak pernah cukup untuk mentafsirkannya.Rasa ini akan membibitkan bait bait puisi,indah untuk dihayati.

"Tahukah,bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa , putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang semua orang dalam hayat kita,mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud di hati,kecuali dia yang menggetarkan hati.

Kata-kata ini mungkin terbit begitu saja,bangkit tidak semena mena, timbul dalam minda.Eh,mengapa ni?

"Sejauh kit, kian terasing,sering kaki melangkah,senafas nadi rindu, sedetik saat beredar, sejuta rindu meruntun, sesaat kita terpisah, bercambah kasih dan sayang, takkan terlerai biar seribu tahun."

Semua mesti pelik dengan keupayaan secara tiba-tiba ini.Ia luahan hati ,sesuatu yang meronta-ronta dalam hati mintak dilepaskan.Usah hairan,ia biasa.Apabila perasaan terasa bergetar dengan sendirinya hari tenggelam dan hanyut, minda akan mencarikan patah-patah kata untuk diluahkan, lahirlah apa yang dinamakan bait-bait cinta.Sesuatu yang hanya bergetar di hati,berlegar dalam fikiran tetap biasa selama tidak direalitikan dalam bentuk perbuatan dan tindakan.Apabila ia menolak anda untuk berbuat dan bertindak menyalahi peradaban orang beragama ia bukan lagi biasa.Berhentilah sebelum keadaan semakin tenat.

6 comments:

faizun said...

sara my dearest,

susah kan, nak lupakan perkara2 yang dah lama berlaku.

mesti perasaan cinta awak masih berjalan walaupun tidak bersamanya lagi.

Awak tipu.

Jika awak boleh menyatakan pada fikiran dan perasaan awak untuk melupakan si-dia tu. Tak semudah itu kan?

Pernah tak terfikir untuk apa menyintainya lagi?

Pernah tak sara sayang?

Muzamir Hj Ismail said...

let it be... maybe it is hard to forget.. but you will forget... to me.. if you used to not to be love by someone, then you have that someone.. but than you loose him.. so what back to square one.. not to be love by someone..

If you lie for a reason and the reason is good for you.. why dont you lie..?

Perempuan Petak said...

Hi unknown above ,

Memang =) semua nya masih ada.Kemas kt sini---> (dalam hati)

Semua masih berjalan.Mungkin tunggu masa untuk diberhentikan.Tunggu lah =)

Saya tipu ? Awak terer yay ! mungkin saya tipu.Tapi bak kata teman saya ,"If you lie for a reason and the reason is good for you.. why dont you lie..?"

Pernah tak rasa untuk apa menyintai lagi??

Entah lah.Saya hanya mahu menyintai dia selagi saya diberi peluang.Kalau masih diberi peluang.

"Tahukah,bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa , putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang semua orang dalam hayat kita,mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud di hati,kecuali dia yang menggetarkan hati.

Biarkan saya sendiri yang menyintai sampai satu masa rasa itu sendiri mati.

Atau mungkin saya perlu masa untuk melupakan semua.Mungkin satu masa saya akan biarkan semua rasa ini mati dan waktu itu saya akan khabarkan pada dunia 'saya sedia sendiri'

Buat masa ini,saya masih tak mampu. Sedihnya... =(

Perempuan Petak said...

PemudaUmnoTaiping,

Yes,I will forget but i dont know when.

Maybe someday =) wish me.

faizun said...

my dearest sara,

dengarkan pesananku ini.

Walaupun lebih 1000 kali awak cuba untuk melupakannya. awak pasti tak berjaya.

Ikatan teguh yang terpatri di sanubari, bukan mudah untuk terurai.

Perasaan untuk melupakan dirinya adalah sukar kerana kenangan silam yang sentiasa menerjah di fikiran

Apatah lagi untuk membencinya. Dikhuatiri itu Tidak akan terjadi.

It is not a matter of time. Perasaan itu pasti tidak akan lenyap di fikiran.

Manis dimulut, kelat di hati. Tiada siapa yang tahu kan?

Seribu tahun lagi, jika telah ada pengganti dan awak amat menyayanginya...

Tetapi jika bersua kekasih yang lama, perasaan itu akan bertaut kembali.

Yang itu adalah hampir pasti.

Percayalah sayang.

Perempuan Petak said...

Above,

Mungkin benar apa saja yang awak cakap.Mungkin saya bakal merasainya kelak berjumpa tapi mungkin tak mungkin bertaut :) Percaya lah saya juga.

Benar juga saya masih sentiasa mengingatinya hingga kini.Tapi sampai bila kalau hatinya masih seperti batu.

Tak mungkin lah.Mana mungkin kalau saya sudah jumpa seseorang yang saya sayangi saya boleh tautkan kembali rasa lama saya dengan kekasih lama kelak berjumpa.

Mungkin punya kenangan tp tak mungkin dapat bertaut kembali =)

Percaya saya ya? Saya ingin sedikit saja waktu lagi untuk dapat lupakan semua :)