Friday, March 30, 2007

Di antara kegilaan itu

Buatku tersipu
Kamu dan senyummu
Persekongkolan bibir dan lesung itu
Buatku terpaku
Tawa renyah itu
Hangat peluk saat lalu
Tertimbun diantara riuhnya rindu
Kamu dan cintamu
Cukuplah buatku
Lalui waktu
Tak lagi sendu
Hanya biru
Aku
Sayang kamu



Menyerahlah untuk menang

zaman remaja saya diseluruhi dengan doktrin bahawa saya mampu menerima segalanya. Saya mampu menerima kekurangan saya.Saya mampu menerima yang kebahagiaan itu sangat sukar di perolehi sejak saya kecil lagi.Saya mampu menerima saya sering memperolehi kebahagiann untuk jangka masa yang sangat pendek.Mungkin suatu hari nanti kebahagiaan akan dtg untuk jangka masa yang lama.

Setelah apa yang saya lalui selama ini,saya merasa yang semua benda mempunyai rasa yang sama , samaada suka , gembira , hilang , sakit dan sebagainya.Semua adalah rasa yang sama cuma cara nya yang berbeza.Itu semua adalah tulisan yang telah di tetapkan oleh tuhan yg di namakan takdir yang diberi melalui dugaan.

Saya amat kaget.Sebenarnya saya mampu dan boleh.saya bukan lah hampas yang setiap masa beterbangan seperti debu dan berada dalam kegelapan seperti bayang-bayang.

Sekarang, saya mula sedar betapa penting keyakinan untuk diri saya.Apabila keluar untuk sarapan,saya takkan tertahan bersenyum dengan langit,fikir betapa baiknya tuhan terhadap saya.baiknya :) Betapa baiknya tuhan kerana memberi ruang untuk saya tempatkan ,ibu yang comel :),kawan-kawan yang baik cuma saya yang selalu bersendiri.Tapi saya masih tak yakin yang kebahagiaan ini akan kekal lama.walau apa pun, saya tetap akan cuba menerima kerana hidup ini terlalu pendek untuk di tangisi.

walaupun kadang-kadang saya rasa saya tak sempurna , saya mempunyai kehidupan,keluarga dan hubungan yang acapkali kurang sempurna seperti orang lain punya,saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk terus mencuba dan mencari apa itu definisi kehidupan yang terbahagi kepada bahagia , perit ,sakit ,suka pdll.


tak kiralah siapa kita sebelum ini atau dia anggap oleh org lain bahawa kita tidak berguna langsung,kita hanya perlu tabah dan kita akan mencapai kebahagiaan kami juga pada suatu hari nanti.

hari ini,pagi.Terasa tak ingin bangun sebenarnya.Seronok nya tidur.

Terima kasih dugaan.Selama ni saya tertidur :)

p/s: Saya mmg tahu tahu cakap yang benar jika keterlaluan akan menjadi pura2 pula, juga saya merasa jauh tidak mencukupi dengan pepatah terima kasih .

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua...kan baik baik saja

bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk semua
menyerahlah untuk menang

'menyerahlah untuk menang'

Saturday, March 3, 2007

3 Mac 1988 - 3 Mac 2007

19.

Alhamdulillah .Selama 19 tahun di beri peluang untuk terus bernafas di dalam dunia ni , untuk terus mencari makna hidup , untuk terus mencari diri sendiri , untuk terus menjalani ujian demi ujian yang kadang kala membuat saya menangis , merasa letih , putus asa.Tapi implikasinya , saya mula belajar sesuatu.Saya sudah mula menjelajahi pemikiran dewasa.Saya harus tinggalkan jauh permainan.Mungkin angka 19 itu kecil bagi sesetengah orang.

Perjalanan saya masih jauh.

Insya' Allah saya akan bersedia untuk hari esok dan seterusnya kalau masih diberi peluang.Syukur kepada Allah untuk hari ini dan akan datang.Saya tak sempurna.Kadang terlupa pada Nya.Kadang terlupa untuk 'berjumpa' dengan Nya. Kehidupan yang makin hari makin sibuk semestinya bukan alasan untuk saya terlupa tentang itu. Saya manusia biasa.Tak ada kuasa untuk menghalang kesibukan tu dari terus menyebabkan saya terlupa dan terabaikan Nya.Alhamdulillah, orang di keliling saya sentiasa mengingatkan saya.Cukup lah selama beberapa tahun yang lepas saya terleka.Cukup lah saya merasa manis yang tersangat , kesudahan nya pahit yang teramat.Kadang saya rindu masa lalu.Kadang saya benci bila saya sedar saya dah lalui semua.Yang pasti , tak akan ada lagi untuk masa yang akan datang.Tak mungkin ada kesilapan yng sama.Saya sedang dan masih mencari diri saya.

Apa yang saya mahu?

Saya mahu jadi kuat.Kuat agar semua nya berjalan seperti yang saya mahu.Kuat agar saya tak selalu menangis lagi.Kuat agar saya tak selalu mengadu dan merengek.Kuat agar saya tak menyusahkan sesiapa untuk memikirkan dan risau tentang saya.Kuat untuk terus menjalani ujian ke masa hadapan.Kuat untuk terus hidup.

Saya yakin saya boleh.Perlahan lahan..

4.16a.m - 3 Mac 2007

Friday, March 2, 2007

Happy Birthday to me

Mari menjadi umur 19 tahun.

MAri menjadi lebih berfikiran matang.

Mari lebih berusaha.

MAri tingkatkan mutu kerja haha.

Mari lebih berdikari.

Mari lebih rajin.

Mari lebih berfikiran rasional.

Mari Mari.

Come on Sarah :D

Tiada yang Sempurna

minggu ni mood adalah kurang baik.

maaf kepada yang berkenaan
-si dia
*berperangai yg sangat tah pape lately.Not lately actually,but often.Memang pelik.itu lah saya.maaf.

-abang
*telah mengasari anda pagi tadi di saat anda menelefon saya.Amat memahami anda tapi anda harus memahami saya juga ok.harap msg saya dapat menyejukkan hati anda.Saya tau anda sayang saya.Saya sayang anda jugak. WeeEEeekKKK :P

-Kawan-kawan
*telah bersikap pentingkan diri sendiri sejak dua menjak diri.Sebab apa ? ask ur self haha. actly , dah start belajar pentingkan diri sendiri dan saya mendapati ia adalah amat seronok sekali berbanding sebelum2 ni yang mana saya sebagai 'mak turut' heheh ada ke ? Well,saya amat rindukan kawan karib saya kt sekolah dulu.Eka ngan Farah , kt sini tak besh :( Tapi still ada org cam korang gak kt sini.Nama diorang Alia ngan Anis.hehe.itu saje :P tapi sorry jugak sebab da tak boleh macam dulu.sebab masa tak menunggu saya.oleh itu , saya harus cepat2 lari laju2 kejar masa.

-Ms.Shareena.
*Selalu hilang kalau u pun hilang.heheh len kali bt la kelas ptg sikit :P Sebab saya ni cepat rindu kt katil saya :P

mood berubah sebab

-asgment yg (sangat) banyak
-kekurangan wang saku-takleh nak beli coklat lagi.
-susah hati sebab selalu skip claz (sekarang tak dah)
-tak cukup masa'
-cepat letih
-kaki sakit macam orang tua
-tekanan
-kurang perhatian haha

haih~ camne nak survive ni kalau tiap2 minggu mood camni.(sekarang tak lagi kot)

cool.chill. smile :|