Friday, March 30, 2007

Menyerahlah untuk menang

zaman remaja saya diseluruhi dengan doktrin bahawa saya mampu menerima segalanya. Saya mampu menerima kekurangan saya.Saya mampu menerima yang kebahagiaan itu sangat sukar di perolehi sejak saya kecil lagi.Saya mampu menerima saya sering memperolehi kebahagiann untuk jangka masa yang sangat pendek.Mungkin suatu hari nanti kebahagiaan akan dtg untuk jangka masa yang lama.

Setelah apa yang saya lalui selama ini,saya merasa yang semua benda mempunyai rasa yang sama , samaada suka , gembira , hilang , sakit dan sebagainya.Semua adalah rasa yang sama cuma cara nya yang berbeza.Itu semua adalah tulisan yang telah di tetapkan oleh tuhan yg di namakan takdir yang diberi melalui dugaan.

Saya amat kaget.Sebenarnya saya mampu dan boleh.saya bukan lah hampas yang setiap masa beterbangan seperti debu dan berada dalam kegelapan seperti bayang-bayang.

Sekarang, saya mula sedar betapa penting keyakinan untuk diri saya.Apabila keluar untuk sarapan,saya takkan tertahan bersenyum dengan langit,fikir betapa baiknya tuhan terhadap saya.baiknya :) Betapa baiknya tuhan kerana memberi ruang untuk saya tempatkan ,ibu yang comel :),kawan-kawan yang baik cuma saya yang selalu bersendiri.Tapi saya masih tak yakin yang kebahagiaan ini akan kekal lama.walau apa pun, saya tetap akan cuba menerima kerana hidup ini terlalu pendek untuk di tangisi.

walaupun kadang-kadang saya rasa saya tak sempurna , saya mempunyai kehidupan,keluarga dan hubungan yang acapkali kurang sempurna seperti orang lain punya,saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk terus mencuba dan mencari apa itu definisi kehidupan yang terbahagi kepada bahagia , perit ,sakit ,suka pdll.


tak kiralah siapa kita sebelum ini atau dia anggap oleh org lain bahawa kita tidak berguna langsung,kita hanya perlu tabah dan kita akan mencapai kebahagiaan kami juga pada suatu hari nanti.

hari ini,pagi.Terasa tak ingin bangun sebenarnya.Seronok nya tidur.

Terima kasih dugaan.Selama ni saya tertidur :)

p/s: Saya mmg tahu tahu cakap yang benar jika keterlaluan akan menjadi pura2 pula, juga saya merasa jauh tidak mencukupi dengan pepatah terima kasih .

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua...kan baik baik saja

bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk semua
menyerahlah untuk menang

'menyerahlah untuk menang'

No comments: