Saturday, March 3, 2007

3 Mac 1988 - 3 Mac 2007

19.

Alhamdulillah .Selama 19 tahun di beri peluang untuk terus bernafas di dalam dunia ni , untuk terus mencari makna hidup , untuk terus mencari diri sendiri , untuk terus menjalani ujian demi ujian yang kadang kala membuat saya menangis , merasa letih , putus asa.Tapi implikasinya , saya mula belajar sesuatu.Saya sudah mula menjelajahi pemikiran dewasa.Saya harus tinggalkan jauh permainan.Mungkin angka 19 itu kecil bagi sesetengah orang.

Perjalanan saya masih jauh.

Insya' Allah saya akan bersedia untuk hari esok dan seterusnya kalau masih diberi peluang.Syukur kepada Allah untuk hari ini dan akan datang.Saya tak sempurna.Kadang terlupa pada Nya.Kadang terlupa untuk 'berjumpa' dengan Nya. Kehidupan yang makin hari makin sibuk semestinya bukan alasan untuk saya terlupa tentang itu. Saya manusia biasa.Tak ada kuasa untuk menghalang kesibukan tu dari terus menyebabkan saya terlupa dan terabaikan Nya.Alhamdulillah, orang di keliling saya sentiasa mengingatkan saya.Cukup lah selama beberapa tahun yang lepas saya terleka.Cukup lah saya merasa manis yang tersangat , kesudahan nya pahit yang teramat.Kadang saya rindu masa lalu.Kadang saya benci bila saya sedar saya dah lalui semua.Yang pasti , tak akan ada lagi untuk masa yang akan datang.Tak mungkin ada kesilapan yng sama.Saya sedang dan masih mencari diri saya.

Apa yang saya mahu?

Saya mahu jadi kuat.Kuat agar semua nya berjalan seperti yang saya mahu.Kuat agar saya tak selalu menangis lagi.Kuat agar saya tak selalu mengadu dan merengek.Kuat agar saya tak menyusahkan sesiapa untuk memikirkan dan risau tentang saya.Kuat untuk terus menjalani ujian ke masa hadapan.Kuat untuk terus hidup.

Saya yakin saya boleh.Perlahan lahan..

4.16a.m - 3 Mac 2007

No comments: