Sunday, February 24, 2008

I'm gonna live today like its my last day.

Kata orang, masa kita kecil kita diibaratkan sehelai kain putih. Mak dan ayah kita yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih tu dengan warna yang pelbagai supaya boleh digunakan bukan untuk dijadikan perca semata-mata untuk masa hadapan.Ketika waktu membesar dulu, aku memang anak yang paling manja sebab aku dilahirkan menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, bongsu pulak tu. Memang aku dibesarkan tanpa sebarang tekanan yang melampau. Mempunyai seorang ibu yang tidak terlalu tegas dan berprotokol dalam hal mendidik anak-anak membuatkan aku jadi selesa dengan apa yang dia lakukan dan dengan apa yang aku ada. Tapi implikasinya membuatkan aku jadi macam ni. Keras kepala, tak mahu dengan cakap orang, terlalu mengambil mudah semua perkara, cepat melenting dan lain-lain (yang negatif). Aku ingat lagi, masa aku kecil kalau aku mahukan sesuatu, aku akan berusaha dapatkan jugak walaupun dengan cara merampas. Selalunya abang aku lah mangsanya hihi. Dan aku rasa sampai sekarang pun aku macam tu lagi. Aku orangnya sensitif tahap sensor yang dekat Watson tu. Mungkin lebih sensitif dari itu. Aku rasa aku perlu kurangkan tahap sensitif aku tu, tapi itulah orang macam aku ni memang tak boleh nak buat apa, so aku abaikan je lah impian aku nak berubah tu.

Sikit nya aku tulis ? Keje banyak lah!

Bersambung

No comments: