Sunday, February 24, 2008

Am i that bad?

Dulu, aku selalu fikirkan yang aku ini seorang yang independent. Aku bangga dengan diri aku sendiri sebab aku tak suka bergantung dengan orang sikit pun aku tak suka. Dari zaman kecil aku lagi, zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah aku sekarang aku masih belajar di salah satu universiti tempatan di Malaysia, aku bebas buat keputusan untuk diri sendiri. Aku buat keputusan untuk ambil jurusan yang aku suka tanpa bantahan dari siapa-siapa. Tak macam kawan aku yang ambil jurusan perakaunan, hatinya pada fotografi tapi atas desakan ayahnya dia disuruh memilih perakaunan yang langsung dia tak suka. Mungkin ayah dia tahu apa yang terbaik untuk dia kot tapi tu lah kesiannya tak dapat nak buat apa yang kita mahu dalam hidup kita. Sayangnya, hidup kita sekali je. Berbalik pada cerita aku yang kononnya independant tu. Memang dari kecil aku tak bergantung sangat pada orang, mungkin adalah aku bergantung pada mak aku untuk uruskan hidup aku sebab aku ni pemalas sikit. Tapi sekurang-kurangnya aku tak manja dan mengada-ngada macam kawan aku yang nama Ana satu kelas dengan aku. Tiap pagi dia akan datang ke bilik aku untuk kelas bersama-sama.

"Sara cepat lah bangun..Ana taknak laaa pegi class sorang-sorang.."

"Sara, Ana gemuk ke? Macam ni Ana taknak makan tengahari laah peha Ana dah besar.."

"Sara, Sara dah siap dah sculpture? Ana punya asyik pecah jee.. sikit-sikit ana buat tak jadi..tensen Ana tau

"Sara, petang ni teman Ana pegi artistry ye..Ana nak beli barang, Ana taktau nak pilih yang mana satu...Ana takut lah pegi sorang.."

AKU RIMAS dengan benda-benda macam ni tiap hari.

Ops! Tutup cerita pasal Ana. Kang tak pasal-pasal dosa berganda. Actually, aku nak bagi contoh je. Aku tahu la yang aku taklah seteruk dia tapi kadang-kadang aku terfikir yang adakah SARA ni terlalu bergantung pada orang? Aku dah rasa yang aku ni cukup berdikari cuma dalam satu-satu masa aku memerlukan juga pertolongan bila aku dah betul-betul buntu. Selalu nya bila aku dah start menangis tu la tahap ke"berdikari"an aku dah hilang.

"I wont say that I know what you are going through but I can relate to it. It is not I want to ignore you but I need you to understand that you are not the only thing that revolve around me. I have my work, my problems, my demanding clients and many more. I am sorry that i cant cater to your need. And dont say that I have changed cause you dont really know me yet.I choose you cause I thought that you are independant and self reliant but soo far you had shown that you are not"

Dia adalah sejarah aku. Hanya sebab aku mintak dia teman aku untuk shoot gambar dia cakap aku tak independant.Aku mengamuk sebab dia dah janji dengan aku untuk siapkan assignment aku. Sejak pada tu, memang aku tak pernah nak demand apa-apa dengan dia. Sampaikan minyak kereta habis pun orang pertama yang aku fikir bukan dia. Bayangkan, orang yang terpenting dalam hidup aku(satu masa dulu) tak berada dalam list teratas dalam otak aku untuk aku mintak tolong. Sedaya upaya aku cari kawan-kawan aku yang lain sebab tak mahu digelar non-self reliant.

Dan kejadian baru-baru ni berlaku pun buat aku rasa yang aku tak perlu menangis dan bergantung pada orang lain. Dalam minggu lepas dan minggu sebelumnya, aku dah banyak bazirkan air mata. Bazirkan untuk kawan-kawan punya cerita, assignment punya cerita dan baru-baru ni sebab benda bodoh je. Sebab geram pada benda yang tak bernyawa pun boleh buat aku menangis padahal ada cara lain nak selesaikan benda tu cuma aku je tak berharap sangat pada benda yang takkan jadi (isi tersirat sikit) Mungkin sebab aku rasa aku ada seseorang.Benda tu yang buat aku jadi lemah padahal sebelum ni aku tahu aku tak macam tu.

Abaikan lah. Yang pasti, aku nak cuba jaga diri sendiri. Aku nak cuba atur hidup aku sendiri. Aku taknak susahkan orang lain. Aku nak berdiri atas kaki sendiri bukan pijak kaki orang lain lagi.


Sedikit sebanyak.


Tak kisahlah.

No comments: