Thursday, July 31, 2008

July 05 2008

Kelas pertama untuk semester baru tahun kedua bermula seawal jam 8 pagi. Awal. Awal bagi aku yang sepanjang cuti 2 bulan di rumah terjaga dari tidur bila cahaya matahari dah masuk rumah ataupun paling tidak panggilan dan bunyi mesej di pagi hari.

Sara kena kuat!
Sara kena ada matlamat!
Sara kena bersemangat!

Jadi selama ni?!

Semester ni aku jadi parasit (lagi) Tapi bezanya semester ni induk aku semua best. Satu bidang dan satu kelas. Cumanya masalah aku dengan mereka-mereka ni; bangun terlalu awal. Terpaksa la aku pun ikut bangun. Tapi tak menjadi masalah besar pun. Hari ni pun aku orang terakhir yang bangun. Terakhir bermakna bila seisi bilik dah ke bilik air dan orang pertama yang selesai mandi sampai ke bilik, baru aku bangun dari katil.

Tenghari tadi jugak ada sorang kawan datang mengadu kat aku pasal boyfriend dia. Boyfriend dia ada pompuan lain yang digelar "sahabat" (katanya). Tapi bukan main nak menangkan sahabat dia tu sampai ketepikan rasa cemburu si girlfriend. Si boyfriend tu dah pinggirkan dia sebab semata-mata dia cemburukan hubungan si lelaki dengan sabahatnya tu. Sekarang ni dia dah digantung tak bertali. Dia disuruh si boyfriend jangan dicari lagi. Kesian. Sah-sah lah wei, kalau dia sayang kan takkan lah dia nak menangkan pompuan lain ye tak. Dia minta pendapat aku. Aku senang saja. Break up. Itu sahaja solution dia. Jalan terbaik.Tapi dia tak boleh. Nangis nangis dia cakap biarlah boyfriend dia ada pompuan lain pun. Dia tetap rasa boyfriend dia still ok padahal obvious sangat dah tak nak teruskan relation. Bodoh punya lelaki. Err.. jantan!

Kamu tahu apa beza lelaki dan jantan kan.

"Learn to let go something good for something better. Ko tak payah fikir kebaikan dia or keburukan dia. Fikir, dia ada buat ko happy tak? Wei, everything happen for a reason la. Tuhan ambil something dari kau sebab dia nak gantikan sesuatu yang lebih baik. Ko tak payah nak hiraukan dia lah. Sama macam aku dulu, masa aku dengan ***y. Untill this very day i still carry the pain but i trained myself to ignore them. Aku ignore sampai satu masa tuhan gantikan dia dengan somebody yang lebih baik. Yang lebih buat aku happy. Yang aku rasa tuhan baik sangat sebab bagi aku dia. The best thing is cuba jaga sebaik mungkin. Tapi kalau aku jadi ko, aku break je hehe. Ye la, maybe personaliti kita berbeza kot. Aku taknak tunjukkan yang aku lemah. Aku nak tunjukkan yang kalau takde dia pun aku boleh hidup. Bla bla bla..."

Ceramah pertama semester ini. Percuma.

Dia dah balik bilik dia. Aku taktau la apa decision dia. Tapi tu lah, aku tak suka perempuan lembik yang terlalu harapkan lelaki ada dalam hidup dia walaupun terang terangan lelaki tu mainkan dia. Kalau nak setia sangat pun bertempat la kan. Takkan sampai nak dia pijak kepala kita. Aku punya pengalaman yang sama. Terserempak si kekasih berpegangan tangan dia kompleks membeli belah. Bila mata dia pandang mata aku, serta merta tangan dilepaskan dengan harapan aku tak perasan dan dengan harapan aku boleh sesenang cool. Tangan aku laju saje hantar mesej,"Fuck you" berserta smiley senyum. Dan itu jugak lah pengakhiran sebuah cerita fantasi dia seorang, bukan aku. Kumbang bukan seekor. Banyak.

Dan untuk mana-mana perempuan, kumbang banyak. Tapi jauhi kumbang aku. Atau mungkin kumbang aku tak mahu hinggap pada kamu. He he he.

Kesimpulannya aku tak suka perempuan lembik. Girl, please. Be strong. Jangan cengeng sangat.