Wednesday, October 31, 2007
TOlong
Haduii...Cepat lah sikit 8 nov. Saya mahu balik rumah. Dah hujung-hujung semester saya tak suka duduk kat kampus lagi.
Makkkk...orang nak balik nak balik nak balik nak balik.!!!!
Meme... aku nak balikkkkkkkkk!!
Tapi kalau balik pun memang takde kawan lah. Tapi takpe. Much better than staying here. HERE !!!
Happy Birthday someone
29/10/07
Harini ialah hari untuk pulang ke kampus. Setelah menghabiskan cuti tanpa membaca buku, maka terpaksa lah saya pulang ke kampus pada hari ini sebab esok ada paper. Dan paper yang terakhir ialah pada minggu depan 5 November. Tak sabar rasanya nak balik rumah. Tapi tak boleh balik awal jugak sebab saya diperlukan untuk fesyen show. Nasib baiklah senior isk isk isk. Harini bangun agak awal sebab pergi hantar Sharir ke kolej ada exam.
Happy Birthday someone.May God bless you. I always forgive you.
saya ni taklah lemah sangat.Saya kuat ok! At least, saya masih boleh tahan untuk tidak menghubungi kamu lagi malah saya tak ingat pape pun pasal kamu.Kikikiki :) serius!
Satu hari di hari Ahad
Saya masih.Tak sempat nak merasai sepenuhnya hari Ahad sebab saya bangun agak lewat iaitu pukul 3. Apa la anak dara ni bangun lambat ehehe. So, bangun mandi pastu pergi 7E dan kedai runcit beli barang dapur.Harini Alia nak masak makanan special ok! Jeng jeng jeng.. Alia buat chicken chooooppp(chop disebut dengan panjang heheh). Takde siapa pun kat rumah. Saya, Alia ngan Sharir je.Ada snap sikit gambar.Lihat bawah hahaha..
Hehehe sedapp..lepas tu lepak tgk tv.Malam sikit tetiba rasa cam nak makan tomyam. Rasa macam nak pi beli je tapi cam membazir.Tengok-tengok stok kat dapur.Macam cukup je nak buat tomyam.Tomyam pulak…Tang tung tang tung, siaplah tomyam untuk 3 orang.Memang best.Kadang-kadang macam tak percaya saya mempunyai bakat memasak dengan handal tanpa mengakibatkan orang sakit perut pun.Haha perasan. Tengok ni tengok ni..
Sekian, sesi menggemukkan badan :D
Hari Tension Sedunia
Malas rasanya nak ingat benda-benda yang menyakitkan yang terjadi dalam minggu ni. Berkisar dengan persaudaraan yang sedikit tergugat.Sikit pun tak buat saya rasa bersalah sebab memang saya tak. Aha, saya ke kl untuk jumpa Alia dan Sharir.Diorang jemput di Pudu dan seterusnya ke klcc jumpa Awe dan Fara.Kawan baru tapi okay la satu kepala.On the way balik asyik ketawa je.
Pelupa dan Lalai itu adalah Sara
Pergi dinner kat Mc’D. Order kat kaunter sambil baca sms dari perempuan gila.Lepas tu angkat tray dan terus ke meja.Lepas tu macam sedar akan kekurangan sesuatu huhu. “Mana handphone I eh?”, miscall pls!” Ringing tapi tak dengar bunyi pun. Ha? Ha? Adui, call lagi pastu off pulak…Sah la! Handphone ku telah selamat di ambil.Cuba tanya kat brother kaunter tu kalau-kalau dia perasan.Celaka buat muka bodoh je.Kebetulan mak Alia ada sekali dinner kat situ.Lawyer katenye mama dia.So, mak dia dengan coolnya pegi kat kaunter dan panggil manager Mc’d ni.Suruh buat investigation sebab kat kawasan kaunter tu ada CCTV.Lepas amik sikit keterangan saya pun blah la. Redha je la, dah hilang atas kelalaian sendiri. Sayangnya gambar-gambar and msg-msg dalam tu. Gambar yang somebody baru Mms pun tak puas tengok.Geramnya!Dah la baru beli time raya aritu ;( Nasib baik ada lagi satu handphone tapi tak boleh nak mms lahh… :(
Kelam Kabut
Esok ialah final exam saya. Esok paper agama. Saya baru habis baca nota. Sangat pening kepala.Harini saya ke library untuk membaca buku kononnya lah.Tapi akhirnya membaca di bilik juga bersama kawan-kawan. Semuanya kelihatan begitu blur sekali kerana masing-masing nota tidak lengkap.Dengan berbekalkan soalan latihan kami memulakan study group.Tapi malangnya semua masing-masing meng-sms
Detik bila Sarah berhenti dan mula berfikir
Saya dah lama tinggalkan perasaan perasaan basi saya. Saya dah mula abaikan orang yang saya tak perlu. Dan sekarang saya amat senang dengan hidup saya.Dengan kawan-kawan yang sedia ada, orang-orang yang saya sentiasa mahu mereka ada di sekitar saya.
done to me)Dan juga rakan-rakan lain yang saya rasa tak perlu men-sms saya lagi untuk bertanya khabar yah?
Good Luck
Wednesday, October 10, 2007
FORGET YOU
Forget your face...
Forget your kiss...
Your warm embrace...
Forget the love that I once knew...
Remember you has someone...
Forget you when I played your song...
Remember when I cried all night long...
Forget how close we once were...
Remember you has chosen her...
Forget how I memorized your walk...
Forget the way you used to talk...
Forget the things you used to say...
Remember you has gone away...
Forget your laugh forget your grin...
Forget the way you held me tigh...
Forget the way you kissed me..
Forget our journey together...
Forget our dream togeher...
Forget my love for you...
Remember you're with her tonight...
Forget the time that went so fast...
Forget the love that moved, its past...
Forget you said you'd leave me never...
Forget you said it's always me you choose...
Remember you're gone forever..
Promises are made to be broken!
Friday, September 14, 2007
New Chapter
I guess this is da last for us to fix everything.Welcome back to my life and I love u too.
Wednesday, September 12, 2007
Tuesday, September 4, 2007
Im not a loser
I can never learn to trust another. I can never learn how to forgive so quickly because of you.
And all i've got to say is, Thank you for your time & love. You touched my life more than you can ever imagine
Bye.
Wednesday, August 1, 2007
Tiada Tajuk
Those who used to be my past , No entering in my life anymore PLEASE.
Saya hampir jatuh tapi alhamdulillah saya tahu untuk bangun sendiri. Saya tertekan dari minggu ke minggu bulan ini.Bukan kerana assignment yang menanti tapi kerana saya sendiri pun tak pasti.Tak pernah pun saya salahkan orang lain atas depresi ni , tapi saya dah mula belajar menyalahi diri sendiri sebab tak berhati-hati. Alhamdulillah juga, berkat berbicara dengan hati , berdiskusi dengan akal, saya mampu melawan semua.
Masa saya masih masih panjang [Insya Allah]. Banyak yang saya masih mampu lakukan.Banyak masa itu bukan untuk saya tangiskan sejarah semalam tapi untuk jadikan nya pengajaran bekal masa depan.Terlalu banyak yang bakal saya tempuh.Tapi yang satu ini kadang-kadang yang tak mampu saya tempuh.Satu perasaan yang menjahanamkan fikiran saya.Satu perasaan yang boleh buat saya lemah.Satu perasaan yang kadang-kadang buat saya putus asa.Saya tak pasti perasaan apa.Cuma kadang-kadang saya ingin sangat merasa indah nya bila dihargai.
Saya sudah menjumpai seseorang yang selalu buat saya ketawa.Seseorang yang selalu buat saya bahagia.Seseorang yang selalu buat saya rasa bersemangat semula.Yang selalu buat saya jadi yang paling gembira.Tapi saya masih dihantui perasaan lama.Perasaan takut di khianati lagi.Perasaan takut kehilangan lagi.Perasaan takut dijadikan permainan.Perasaan takut yang membuak-buak.Kadang perasaan inilah yang banyak mengganggu saya membuat keputusan. Ingin saja dilepas agar segalanya seperti sedia kala.Kadang..tah lah.
Kenapa bila kita memberi kita tak seharus nya menerima?
Hurm.
kirim aku malaikatMU, biar jadi kawan hidupku
dan tunjukkan jalan yang memang KAU pilihkan untukku
kirim aku malaikatMU kerana kusepi berada disini
dan di dunia ini aku tak mahu sendiri
Tuesday, July 17, 2007
Bulan
pagi ini
bulan masih menangis
bila bermimpi sang bintang
datang menemani
menari dan
terangi bersama
malam-malam sang bulan
bulan masih menangis
tatkala bayangan sang bintang
datang menjenguk hati si bulan
dalam tangisan bulan..
bulan terlalu merindui sang bintang
bulan masih menangis
tatkala siang mula
melabuhkan detik - detik
mulanya hari baru
masa itu ,
matahari datang senyum
pada bulan
bulan gembira buat sedetik
dan bulan masih selalu menangis
bila malam datang mengganti siang,
bila rutin nya selalu
sang bintang yang kan menggantikan matahari
malam bulan sepi
bulan masih saja menangis
tatkala lihat bintang di sana
bintang menari gembira
dengan bintang yang lain
gembira
sedang bulan sedih hatinya lara
bulan masih menangis
bintang...
bintang memang beribu
tapi bulan sentiasa rindukan
bintang yang satu itu
kerna itu..
bulan masih saja
selalu menangis
sarahSan 3 july 2007. 4.13am
Thursday, June 28, 2007
Sekali sekala
aku ingin jadi bisu.
diam tanpa harus berbicara.bicara yang mungkin
boleh menyebabkan otak kusut dengan permasalahan.
sekali sekala
aku ingin jadi buta
tanpa harus menyaksikan lakonan sandiwara
drama yang dicipta oleh manusia²
yang abnormal yang pentingkan diri sendiri.
sekali sekala
aku ingin jadi pekak.pekak
tuli tanpa harus mendengar butir bicara
dari lidah yang setajam mata pedang.
yang boleh memperdaya apalagi memusnah.
dan sekali sekala..
ingin aku lari dari semua.
dari semua segala macam propaganda semacam
palsu ,
sekali sekala..
aku ini lebih rela tidur
dan bermimpi aja
Wednesday, June 27, 2007
Perjalanan yang panjang
Dalam perjalanan kita melalui banyak persimpangan.Persimpangan di mana berlaku kesesakan jiwa , pertelingkahan kata-kata.Dan hanya mereka yang hebat berjaya melepasinya.Kita harus redha.Itulah hakikat.Tak semua yang kita harapkan akan jadi seperti yang kit mahukan.Makanya,terimalah segala dan jadikan ia pengalaman.Jangan sesekali mengalah dengan dugaan.Dugaan yang menjadikan kita kuat.Datangnya dugaan maknanya TUhan sayangkan kita.Dia mahu kita belajar dan menjadikan semua ini sebagai langkah atau batu lonjatan untuk kita berjaya di hari kelak.Kehilangan dan kegagalan bermakna episod baru dalam hidup kita bakal bermula.Simpan kalimah ini,"semua yang terjadi punya alasan".Kita menjadi lebih kuat disebabkan ujian dari Tuhan.Tuhan sayangkan kita,sebab itu kita diuji dengan banyak halangan.Jangan biarkan semua ini membuatkan kita lemah.Kerana kita tahu kita tidak.
Rasa yang Mati
Saya dah bersedia untuk hidup baru. Saya tak mahu pandang belakang lagi. Past is past. Kan meme kan kan ? hee hee ~
Hidup yang tiada lagi nama ***** . Hidup yang tiada lagi sebarang harapan untuk dia.
Dah la la tu Sara, cukup-cukup la.
'Melupakan dia mungkin bisa membuat kamu lebih bahagia'
Yeap Yeapyyy!~ Sara Boleh ! Sara Boleh =)
"buang semua.
matikan segala.
biar hancur parah.
luka sedalamnya
aku sendiri yang sembuhkan
biar tinggal parut
parut tinggalanmu
biar semua ini
hidup untuk sekali ini saja.
sekali ini saja.
dan kau.
ku minta pergi."
sarah.10.55pm.27June07
Sunday, June 24, 2007
Bila hati tiba-tiba bergetar
'Bila begini terasa diri tak bernilai,bila begini terasa segalanya kian terlerai dan bila begini aku ingin pergi agar dirimu bahagia'
Ini ialah bahasa orang bercinta, bahasa merajuk,membawa diri dan mintak dipujuk.Bahasa ini indah untuk mereka yang sedang digelut rasa nikmatnya bercinta.Dalam alam percintaan apa saja menjadi indah,seronok dan menarik.Sesuatu yang menyakitkan pun kadang-kadang tak terasa sewaktu bercinta.Berjemur di tengah panas atau basah ditimpa hujan itu semua indah bagi orang bercinta.Berkongsi air dalam gelas yang sama dan straw yang sama itu malah malah lebih indah dan mengesankan.
Bahasa orang bercinta penuh dengan menduga.Sekadar menduga, memancing dengan kata-kata ala ala merajuk.Menanti beberapa saat, kemudian membaca mesej yang diterima,membaca dengan senyum,lega dan puas.Itu alam orang bercinta, alam yang serba indah dan menarik.Langit nampaknya tidak pernah kedam, udara rasanya tetap bersih.Nafas pun tidak pernah tersekat-sekat.
Itulah hakikatnya cinta.Ia tidak pernah tua bersama usia.Hati manusia tetap mekar dalam bibit bibit cinta.Seseorang yang kita terpisah lama,apabila suatu hari terserempak,hati kita tetap bergetar sepertimana ia bermula.Tiba tiba seolah olah ada magnet yang mengaktifkan perasaan kita hingga bangkitlah semua kenangan bersamanya dahulu.
Itulah cinta, suasana ajaib yang tidak pernah cukup untuk mentafsirkannya.Rasa ini akan membibitkan bait bait puisi,indah untuk dihayati.
"Tahukah,bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa , putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang semua orang dalam hayat kita,mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud di hati,kecuali dia yang menggetarkan hati.
Kata-kata ini mungkin terbit begitu saja,bangkit tidak semena mena, timbul dalam minda.Eh,mengapa ni?
"Sejauh kit, kian terasing,sering kaki melangkah,senafas nadi rindu, sedetik saat beredar, sejuta rindu meruntun, sesaat kita terpisah, bercambah kasih dan sayang, takkan terlerai biar seribu tahun."
Semua mesti pelik dengan keupayaan secara tiba-tiba ini.Ia luahan hati ,sesuatu yang meronta-ronta dalam hati mintak dilepaskan.Usah hairan,ia biasa.Apabila perasaan terasa bergetar dengan sendirinya hari tenggelam dan hanyut, minda akan mencarikan patah-patah kata untuk diluahkan, lahirlah apa yang dinamakan bait-bait cinta.Sesuatu yang hanya bergetar di hati,berlegar dalam fikiran tetap biasa selama tidak direalitikan dalam bentuk perbuatan dan tindakan.Apabila ia menolak anda untuk berbuat dan bertindak menyalahi peradaban orang beragama ia bukan lagi biasa.Berhentilah sebelum keadaan semakin tenat.
.Untuk dikenang .
Malam ni(hampir pagi)saya tiba-tiba sangat rindukan sesuatu.Semua orang yang hidup dalam sesuatu itu.
Saya rindukan Bukit Merah.Saya sangat-sangat rindukan kehidupan hampir setahun di tasik tu.Terlalu banyak pahit manis duka suka gembira bahagia di sana.Terlalu banyak yang saya rindukan.Saya rindukan :-
Niza
Kawan paling rapat saya.Saya sangat rindukan awak.Saya rindu kita makan sama-sama.Saya rindu kita kutuk guest yang tua gatal ngorat kita.Saya rindu awak yang manja sangat dan mengada.Saya rindu kita buat kerja sambil bersembang and gelak-gelak.Saya rindu awak cover line saya.Saya tidur kt bilik,awak cakap kat bos saya hantar guest kt resort.heeee
Mr.Sitham
I miss u! I tau i degil sangat dan tak pernah serius buat kerja.I selalu lari tgk show api-api time i on duty.Pastu bila terkantoi dengan u,u tunjuk jari telunjuk'siap la !!' macam tu. Pastu i takut.Tapi lepas tu i buat lagi.I tak pernah serik kan walau u marah banyak kali.Sebab apa, sebab u tak pernah cakap nak buang i kerja walaupun i dah ulang benda yang sama lapan belas kali.Malah paling teruk , I patut kerja pukul 7 tapi i masuk pukul 9.I bangun pagi punch card pastu balik bilik tidu balik =) 'U kena disiplin dari sekarang sara,kalau tak sampai bila-bila u akan jadi orang yang sama'.I memang tak berubah sampai sekarang.Pegi class pun lambat juga.Yang pasti,i ingat semua pesan u.I masih ingat.Simpan.Cuma belum dipraktikkan lagi =) I rindu pi penang ngan u lepas hantar guess dengan uniform keje kita pi makan kt padang kota.Cool gila dapat manager macam u.
Simone
Roomate terbaik =) She's from Swizerland. Buat praktikal kat sini.RIndu nak kayuh basikal dari resort ke apartment.Rindu nak ajar dia bahasa melayu lagi.Rindu tidur sama-sama lagi.Dan sekarang hanya email yang menghubungkan kami.sob sob. at least di akhir emailnya --->"saya masih rindukan awak" . Tak sia-sia saya ajar dia.Tapi perkataan bodoh dan mencarut lain tu mana dia belajar tak tahu.haih~
Fouzi
Best person for me and everyone.U kawan paling baik i kan.U selalu layan kerenah kebudak budakan i ni kan.I tau,tapi i respect u sebab u banyak sabar dengan i.I tetap rindukan u juga.I rindu teman u ajar budak-budak tu menari.I rindu tolong u kemas barang pindah bilik.I rindu tolong u buat backdrop.RIndu buat painting ramai-ramai dalam bilik u(padahal i menyibuk je).I rindu pi makan sama-sama lagi.I rindu bawa u jalan-jalan tempat i.I rindu kita naik boat malam-malam jalan-jalan tasik.U sangat baik sebab selalu pinjamkan kereta u untuk i balik rumah selalu.Kereta u kena saman sebab i parking sesuka hati tapi u tak pernah marah pun.I rindu u jadi pondan untuk show.I rindu nak make up kan u lagi.I rindu u pakai skirt. Paling rindu bila kita dah tak rapat macam dulu.Lepas ada krisis,kita dah tak rapat.Kita tak bercakap lagi.Sampai last day u dekat resort,u pegi macam tu je.Dah sampai kl baru u sms i.Paling rindu bila i tgk u kat tv je.Kadang macam nak nangis.After a few month u call i,i happy.I cakap i dah ada bf,u ketawa.U cakap i jgn jadi childish lagi. I rindu u =(
Heqal
Last nite i buka balik album i.I tengok gambar kita semua. Gambar u jadi Sally pun ada.Comel sangat.I ingat lagi first u panggil i 'receptionist sombong!' sebab i tak suka lepak kafe ngan u guys.I suka makan kt back office dengan Niza.Lepas i kenal someone baru la i rajin lepak kafe dan bawak supi.Supi famous kan?? hehe.Dia sihat lagi cuma kaler ijau dia dah tak cantik. I rindu nak main ping pong and swimming dengan u lagi.Lumba berenang =( Pastu u yang selalu kacau-kacau reception.Call nak order mekdi la.Pastu suka datang bilik i nak pinjam dvd la,guitar la , milo la , meggi la. Hee hee.GIla man i miss u ! I miss jadi penyokong time ada sukan kt resort kita.Korang main volleyball ( i tak main tpi tangan sangat sakit sebab practise selalu sangat) Me miss u.
Hazwan
Banyak sangat benda nak cerita.Yang pasti sara seronok jugak sebab ada someone take care of me.Belikan sarapan.Main volleyball sama-sama.Main ping pong sama-sama dan bagi sara menang walaupun dah terang-terang wan patut menang.Layan perangai sara yang kuat merungut,melenting dan sebagainya.I know u're matured enuff.I let u take my guitar into ur room.Play me some song.U're sweet.Main gitar untuk me.I miss u just what we hef done over there.Thats all.Thanks for keep me company.I really apreciate u.And its nice to know that u found someone now.heh..treat her nice ok just like u treat me before =)U're my good fren forever.
Hafiz a.k.a Apeh
For being a Sweet friend ever.Nothing much to say about.Sakit tau jatuh moto apeh bawak.Hadeehhh~ Me miss u lot too :D
Ramai sangat.Shima - jadi kakak yang baik. Ely - Penasihat terbaik. Hafiz - Buat saya tersenyum. Yacin - Terima kasih untuk nasi lemak tiap-tiap pagi.
Kak kila,Nimbro,Abg wan, Kak suzi , Ciman , Joe , CiK Mahadi , Kak Azimah , dan ada yang saya tak ingat dan tak tau nama tapi sangat rapat =)
Saya serius sangat rindukan semua yang dulu.Macam nak balik ke masa dulu.Dulu saya macam clown kt resort kan.Saya paling gila sebab saya paling muda.Saya paling diberi perhatian. Sekarang saya pun tak tahu apa dah jadi kat semua orang. yang saya tau shima dah ada anak sorang,Niza masih kerja , Mr.Sitham masih jadi manager , Simone di Swizerland lagi, Heqal di Sunway . Itu saje. Sedih nya.
Saya nak semua orang tau yang saya sihat =)
Saya masih belajar.Saya amik fine art bukan perhotelan =)
Saya okay =)
Saya gembira.Betul =)
Takde orang yang buat saya sedih.
Saya rindu semua sekali.
.Rindu.
Tuesday, June 5, 2007
selamat jalan
selamat jalan
semoga cerah masa hadapan
jagalah diri..
kau pasti bahagia tanpa ku di sisi
hanya satu yang ku harapkan
moga kau takkan lupakan
masa-masa silam kita di mana
kita pernah senyum bersama
lukamu tidak bisa lagi diubati
namun ku tetap sayangkan mu
dan biarlah masa mengubah
kau sentiasa hampir di ingatan
jagalah diri
jgn kau lupakan
yang paras waktu, masa dan detik
kita pernah bayangkan bersama..
mungkin kau tak mengerti
apa yang cuba sampaikan
namun aku memahami jelas
kehendakmu
dengan apa lagi
yang mampu ku lakukan
selain menelan pahitnya
jalanku
selamat jalan.
Wednesday, May 30, 2007
U breathe INFINITY into my world
How do you make such a decision in the first place?
Life makes it for us
Reason and emotion don't go hand in hand
But our hands
Fit nicely together
Until life told us otherwise
'Dont find me anymore , I'm not a boy that meant to be with u'
Is such a cruel sounding word
How can u expect its easily for me not to find u
Like death
It plagues the mind of the living
And the heart that is used to giving love
But goodbye
Sometimes
Is not a final end
But the beginning of a new chapter
And the creation of a fond memory
Which will keep our heart company forever
Goodbye someone
I love you
Saturday, May 26, 2007
untuk si cinta pertama selepas pertama
menghirup rindu yang sesakkan dada
tak pnah kuragu dan slalu kuingat
kerlingan matamu dan sentuhan hangat
ku saat itu mencari makna
tumbuhkan rasa yg sesakkan dada
jalanku hampa dan kusentuh dia
terasa hangat oh didalam hati
kupegang erat dan kuhalangi waktu
tak urung jua kulihatnya pergi
kau datang dan pergi begitu saja
smua kutrima apa adanya
mata terpejam dan hati?
'love me for who i am , not for who u want me to be'
'i'll always love u deep in my heart even u hurt me.nobody know'
Friday, April 6, 2007
-
setiap denyut nadi yang berdetik
setiap masa dan ketika
kau tak pernah dan
tak akan pernah luput dari ingatan
sampai..
sampai langkah yang diatur kaku
sampai denyut nadi yang berdetik terhenti
sampai masa dan ketika membataskan segalanya
kau kan tetap terus hidup di sini
di sini
26/2/07
5.14pm
BEL class
Friday, March 30, 2007
Di antara kegilaan itu
Kamu dan senyummu
Persekongkolan bibir dan lesung itu
Buatku terpaku
Tawa renyah itu
Hangat peluk saat lalu
Tertimbun diantara riuhnya rindu
Kamu dan cintamu
Cukuplah buatku
Lalui waktu
Tak lagi sendu
Hanya biru
Aku
Sayang kamu
Menyerahlah untuk menang
zaman remaja saya diseluruhi dengan doktrin bahawa saya mampu menerima segalanya. Saya mampu menerima kekurangan saya.Saya mampu menerima yang kebahagiaan itu sangat sukar di perolehi sejak saya kecil lagi.Saya mampu menerima saya sering memperolehi kebahagiann untuk jangka masa yang sangat pendek.Mungkin suatu hari nanti kebahagiaan akan dtg untuk jangka masa yang lama.
Setelah apa yang saya lalui selama ini,saya merasa yang semua benda mempunyai rasa yang sama , samaada suka , gembira , hilang , sakit dan sebagainya.Semua adalah rasa yang sama cuma cara nya yang berbeza.Itu semua adalah tulisan yang telah di tetapkan oleh tuhan yg di namakan takdir yang diberi melalui dugaan.
Saya amat kaget.Sebenarnya saya mampu dan boleh.saya bukan lah hampas yang setiap masa beterbangan seperti debu dan berada dalam kegelapan seperti bayang-bayang.
Sekarang, saya mula sedar betapa penting keyakinan untuk diri saya.Apabila keluar untuk sarapan,saya takkan tertahan bersenyum dengan langit,fikir betapa baiknya tuhan terhadap saya.baiknya :) Betapa baiknya tuhan kerana memberi ruang untuk saya tempatkan ,ibu yang comel :),kawan-kawan yang baik cuma saya yang selalu bersendiri.Tapi saya masih tak yakin yang kebahagiaan ini akan kekal lama.walau apa pun, saya tetap akan cuba menerima kerana hidup ini terlalu pendek untuk di tangisi.
walaupun kadang-kadang saya rasa saya tak sempurna , saya mempunyai kehidupan,keluarga dan hubungan yang acapkali kurang sempurna seperti orang lain punya,saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk terus mencuba dan mencari apa itu definisi kehidupan yang terbahagi kepada bahagia , perit ,sakit ,suka pdll.
tak kiralah siapa kita sebelum ini atau dia anggap oleh org lain bahawa kita tidak berguna langsung,kita hanya perlu tabah dan kita akan mencapai kebahagiaan kami juga pada suatu hari nanti.
hari ini,pagi.Terasa tak ingin bangun sebenarnya.Seronok nya tidur.
Terima kasih dugaan.Selama ni saya tertidur :)
p/s: Saya mmg tahu tahu cakap yang benar jika keterlaluan akan menjadi pura2 pula, juga saya merasa jauh tidak mencukupi dengan pepatah terima kasih .
hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua...kan baik baik saja
bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takan bisa berubah
relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk semua
menyerahlah untuk menang
'menyerahlah untuk menang'
Saturday, March 3, 2007
3 Mac 1988 - 3 Mac 2007
Alhamdulillah .Selama 19 tahun di beri peluang untuk terus bernafas di dalam dunia ni , untuk terus mencari makna hidup , untuk terus mencari diri sendiri , untuk terus menjalani ujian demi ujian yang kadang kala membuat saya menangis , merasa letih , putus asa.Tapi implikasinya , saya mula belajar sesuatu.Saya sudah mula menjelajahi pemikiran dewasa.Saya harus tinggalkan jauh permainan.Mungkin angka 19 itu kecil bagi sesetengah orang.
Perjalanan saya masih jauh.
Insya' Allah saya akan bersedia untuk hari esok dan seterusnya kalau masih diberi peluang.Syukur kepada Allah untuk hari ini dan akan datang.Saya tak sempurna.Kadang terlupa pada Nya.Kadang terlupa untuk 'berjumpa' dengan Nya. Kehidupan yang makin hari makin sibuk semestinya bukan alasan untuk saya terlupa tentang itu. Saya manusia biasa.Tak ada kuasa untuk menghalang kesibukan tu dari terus menyebabkan saya terlupa dan terabaikan Nya.Alhamdulillah, orang di keliling saya sentiasa mengingatkan saya.Cukup lah selama beberapa tahun yang lepas saya terleka.Cukup lah saya merasa manis yang tersangat , kesudahan nya pahit yang teramat.Kadang saya rindu masa lalu.Kadang saya benci bila saya sedar saya dah lalui semua.Yang pasti , tak akan ada lagi untuk masa yang akan datang.Tak mungkin ada kesilapan yng sama.Saya sedang dan masih mencari diri saya.
Apa yang saya mahu?
Saya mahu jadi kuat.Kuat agar semua nya berjalan seperti yang saya mahu.Kuat agar saya tak selalu menangis lagi.Kuat agar saya tak selalu mengadu dan merengek.Kuat agar saya tak menyusahkan sesiapa untuk memikirkan dan risau tentang saya.Kuat untuk terus menjalani ujian ke masa hadapan.Kuat untuk terus hidup.
Saya yakin saya boleh.Perlahan lahan..
4.16a.m - 3 Mac 2007
Friday, March 2, 2007
Happy Birthday to me
MAri menjadi lebih berfikiran matang.
Mari lebih berusaha.
MAri tingkatkan mutu kerja haha.
Mari lebih berdikari.
Mari lebih rajin.
Mari lebih berfikiran rasional.
Mari Mari.
Come on Sarah :D
Tiada yang Sempurna
maaf kepada yang berkenaan
-si dia
*berperangai yg sangat tah pape lately.Not lately actually,but often.Memang pelik.itu lah saya.maaf.
-abang
*telah mengasari anda pagi tadi di saat anda menelefon saya.Amat memahami anda tapi anda harus memahami saya juga ok.harap msg saya dapat menyejukkan hati anda.Saya tau anda sayang saya.Saya sayang anda jugak. WeeEEeekKKK :P
-Kawan-kawan
*telah bersikap pentingkan diri sendiri sejak dua menjak diri.Sebab apa ? ask ur self haha. actly , dah start belajar pentingkan diri sendiri dan saya mendapati ia adalah amat seronok sekali berbanding sebelum2 ni yang mana saya sebagai 'mak turut' heheh ada ke ? Well,saya amat rindukan kawan karib saya kt sekolah dulu.Eka ngan Farah , kt sini tak besh :( Tapi still ada org cam korang gak kt sini.Nama diorang Alia ngan Anis.hehe.itu saje :P tapi sorry jugak sebab da tak boleh macam dulu.sebab masa tak menunggu saya.oleh itu , saya harus cepat2 lari laju2 kejar masa.
-Ms.Shareena.
*Selalu hilang kalau u pun hilang.heheh len kali bt la kelas ptg sikit :P Sebab saya ni cepat rindu kt katil saya :P
mood berubah sebab
-asgment yg (sangat) banyak
-kekurangan wang saku-takleh nak beli coklat lagi.
-susah hati sebab selalu skip claz (sekarang tak dah)
-tak cukup masa'
-cepat letih
-kaki sakit macam orang tua
-tekanan
-kurang perhatian haha
haih~ camne nak survive ni kalau tiap2 minggu mood camni.(sekarang tak lagi kot)
cool.chill. smile :|
Sunday, February 25, 2007
Masa
Pagi. Makin hari , pagi yang di rasa tak macam selalu. Pagi ini,pagi sejak kebelakangan ni, selalu merunsingkan , melemahkan tanpa semangat. Kadang tertanya sendiri.
Mampukah aku ?
Kadang juga selalu merungut.
Bosan nya kehidupan..
Sentiasa berharap , agar saya ni kuat.Jadi lah kuat ! kuat ! Kuat lah..
Mampu ke sekuat yang saya harapkan ?
Sebolehnya tak ingin melibatkan orang lain. Biarlah , saya sendiri yang rasa dan tahu. Biarkan saya terus berpura-pura saya adalah org yang kuat.Sebolehnya biar
Tapi tak ada apa yg perlu di simpan.Cuma rasa pelik saya , rasa kurang waras saya, rasa lemah saya,rasa tak ada semangat saya. Mungkin semua nya kerana terlalu takut.Takut
Masa , sebolehnya tolong perlahan
Cerita keagungan cinta
Tuhan berikan aku cinta
Kau ikhlaskan setiap langkahku
Jangan lepaskan cinta itu Tuhan
Jangan biarkan dia lari ku dalam kehningan
Dalam kepapaan dan kesendirian
Jangan pula ku kehilangan cinta
Tuhan
Biarkan aku menjaga cinta ini
Mengutipnya hingga lembaran-lembaran yang tak akan ada akhirnya
Menyentuhnya dengan segenap jiwa
Tuhan
Biarkan cinta yang Kau beri itu
Ada kekal di tiap denyut nadiku
Kekal di tiap sudut hati
Kekal di ingatanku
Bahkan pergi bersamaku
hingga akhir kehidupanku
Tuhan
Berikan cinta itu utuh selalu
Tiada
Seperti bulan yang sentiasa
Inginkan bintang selalu di sisi
Takan binasa tersapu badai
Ianya
Tuhan
Biarkan cinta yang kau beri
Kusemai
Hingga jadi butiran-butiran yang
Membingkai lengkok
dengan seutas pelepah bagi kegersangan yang tak teringinkan
Tuhan
Berikan aku cinta
cinta
cinta yang bisa kujaga selamanya